Oit lu sana..wa sini, i mean..WASSINI

Friday, June 23, 2006

yo. aku tak punya masa panjang. sekadar ingin memberi khabar. pada yang sudi memberi perhatian. maaf. sms kalian tak dapat ku balas. harap tidak berkecil hati. situasi aku masih sebegitu jua. dan waktu ku di dunia bertambah singkat. lantas apa di atas dgn diriku? (wats-up wif me?) pelan new-zealand bersama matjan terpaksa ditangguhkan. ronda2 ke uum bersama salina, mj & pit juga tidak membuahkan keputusan. oh-ya. aku ada diterima masuk ke akademi naza-kia di gurun. kemahiran mengklentong yang masih bersisa mungkin. tapi aku jual mahal. sebab nak bersama2 salina & mj (yo-o je, eheh). namun mj yg terlebih dulu mengkhianati (ngeh2). dan salina turut menyusul. (tahniah sebenarnya :) ). kembali ke kota berlumpur tempohari. ujian utk menjadi org2 poyo. kali ke-3. takpa sal, rasanya aku tak lepas kali ni. punahlah harapan hang nk tgk aku jadi poyoer. ujian utk bergelar pendidik juga tidak semudah yg disangka. pilihan ku: matematik sekolah rendah. kenapa? sebab itu saja yg dapat aku pilih. tak cukup sabar rasanya utk ku didik pelajar2 pembelajaran khas. lantas apa ada dgn bean? ku nekad. tawakal pada Dia Yg Maha Mengetahui. berpakat dgn pit. berniaga air soya kegemaran. sesuai dgn nama ku barangkali. modal dipinjam dari bonda yg cukup prihatin. cukup2 utk membeli perkakas asas sahaja. di duga dari awal. tapak di jeti terpaksa dilupakan. hari pertama di sambut dgn hujan gerimis-lebat. mujur pit kuat semangat. alhamdulillah. lantas terpaksa berbelanja utk payung. susut lagi tabung modal kami. tpt baru dipilih. pun begitu memakan masa utk dikenali pelanggan. dan hujan gerimis-ribut masih lagi menduga. juga dgn baki soya yg tidak kena cara menyimpannya. kerugian 4 bungkus besar stok. minda masih melilau. mencari alternatif lain. serta strategi utuh. aku perlu sabar. perlu usaha lebih gigih. doa yg berganda. terima kasih hana. mtk maap salina. aku tak punya ongkos yg cukup utk menuntut ilmu yg betul. i'Allah bulan 10/11 nanti mungkin. kekangan kewangan mmg perit. ujian dari Allah yg mahu memberi sebanyak mungkin pahala. semoga aku tak menjadi insan kufur. biarlah ku sentiasa bersyukur. teman jiwa? terpaksa ku terus pendam keinginan. geram juga pabila tetap gagal melepaskan. i'Allah jika ada rezeki ingin aku isi sudut kosong di hati buat teman jiwa pada tahun depan. ingin sekali ku luahkan segalanya pada dia. lantas tenteram ditenangkannya. sekian kengkawan. tenkiu bebeh. jaga solat & ibadat wokehs?