Oit lu sana..wa sini, i mean..WASSINI

Thursday, May 11, 2006

hoho. tiap kali aku bertandang ke sini pastinya utk meluahkan rasa gundah-resah aku. memang aku begitu. atau bisa aku simpulkan personaliti seorang peaceful-phlegmatic KEBANYAKANNYA begitu. luarannya aku akan menyarungkan topeng keceriaan. bergurau-senda. berhuha-huha. bermanja-mesra. jarang sekali hendak ku luahkan segala kekecewaan, kegelisahan serta kesedihan yang meratah sisa keimanan diri. cukuplah masing2 punya tanggungjawab dan beban yg perlu dipikul. namun tak bererti hidup aku cuma diwarnai dgn coretan luka-duka sahaja. pastinya acapkali Allah berikan sinar warna2 bahagia sepanjang tempoh-masa aku dijadikan sebagai khalifah di bumiNya. namun disinilah aku temui keselesaan, utk menceritakan segala yg aku cuba selindungkan. walaupun berdepan dgn kemungkinan di anggap lemah & tak berdaya dalam mencatur hidup (ya, itulah ego seorang lelaki! ;>)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home