To Penang or not to Penang...
Aku pulang jua tempohari. Meraikan walimah Safri & Nik di Taiping. Merisik khabar berita keluarga tercinta. Walaupun ku sedar ianya bakal menjerut kewanganku lagi. Melawat kaunter Konsortium selepas waktu Maghrib hari Jumaat memang sudah menjadi kebiasaan. Tawakal kepada Dia. Ada tiket pulanglah daku. Jika tiada bererti terselamatlah RM24 dari bertukar tangan. Pun begitu jumlah sebegitu memang tak pernah lama di tangan. Bertiga bersama Menong dan Fido menuju ke Jetti Butterworth. Selama 5 jam menghenyak kerusi separa-empuk. Lena aku dibuai hembusan penghawa dingin. Setibanya di destinasi, di jemput saudara yang tak pernah berhenti menyokong. Bertuah aku. Bertuah sungguh sebenarnya. Sayang aku padanya. Sayang sungguh sebenarnya. Biarpun dia lebih dari segi luaran (?) Apa perlu dicemburui... :p
3.00 pagi. Ruang dapur. Cuba menyapa mesra. Tanggungjawab seorang saudara.
"Pat. Macam mana Adabi? Dah pi dak gi?"
(Perlahan) "Dak lagi"
"La..awat tak pi lagi... Nanti telepaih tarikh tutup"
"Nanti la bincang dgn mak"
"Dak...nak bincang pun kena ada detail-detail dia. Bila kelaih setat, yuran macam mana..Pasai Abang Lid taktau pasai ni. Nombo telepon pon Abang Lid takdak..."
"Hurm.."
"Ha..no tepon ada dak?"
"Takdak..."
...

<< Home