Oit lu sana..wa sini, i mean..WASSINI

Sunday, March 19, 2006

MEME
bijak. kreatif sungguh dia. sudah mampu membuat komik sendiri! dgn plot2 serta kamera shot yg amat menarik. walaupun sekadar watak2 orang lidi serta dilukis di dalam buku garisan, yg penting bisa membuat aku tertawa membacanya! bukan sekadar merapu-meraban..tapi komiknya komik yg bermesej dan berinformasi! mahukah kalian membaca kisah air dan minyak bermain 'hide and seek'? (ada jugak la yg tahap merapu dia tu buat aku geleng kepala). seminggu di rumah, dia lah yg paling awal ke surau - dgn serban/jubah dari mekah. malah hukum tajwidnya jauh melebihi adik-beradiknya yg lain, termasuk aku. seorang kartunis yg tahfiz barangkali?

QAH
hujung minggu melupakan niat beramas-mesra di Sg. Congkak 2 marhalah tersebut. bersama along menghantar/mengambil dia - menghadiri seminar Motivasi Alihan Pelajar di Wisma Belia. hasilnya? secara nyata masih belum kelihatan. cukuplah jika ianya sekadar api dalam sekam. api keinginan utk berubah. utk menjadi lebih matang. namun setidak2nya dia mahu berkongsi kisah suka duka kehidupan di Yayasan Khairiah Kupang, Baling dgn aku. first time. there's always first time in everything. usai seminar, pulang ke Pulau Mutiara di sambut perasaan bercampur-baur. keputusan SPM dia jauh panggang dari apa yg di capai Opik. tahniah Opik! membelek2 aku dan mak akan pilihan yg ada utknya. amat terhad. dan dia perlu berusaha dgn lebih gigih utk kertas Matematik Julai kelak. i'Allah I'll be around to help you..but wud you help ursef sis?


PAT
agak terkilan apabila mendapat tahu dia mengubah fikiran utk tidak mengambil SPM. tak jadi menghadiahkan buku Nur Amalina yg telah ku beli dgn serta-merta pabila dia menyatakan hasrat utk mengambil SPM tempohari. telah ku nekad hendak tinggal di umah, utk memantau, membantu apa sj yg terdaya. namun nyata Allah punya rancangan lain buatnya. dibukakanNya pintu rezeki utk dia bekerja di kilang membuat komponen 'handphone'. alhamdulillah. lega sedikit hati ku. hati kami sebenarnya. namun hati tetap tak putus doa semoga dia nak menyambung pelajaran. kelak. walaupun sudah berkeluarga. tak rugi berterusan meimba ilmu.

PIT
kasihan dia. niat utk mencari rezeki yg halal terpaksa berhadapan dgn kenyataan yg kejam. mana bisa kau rasa selesa jika terpaksa menipu sebagai punca mata pencarian. menipu bangsa-agama sendiri! utk menyuap bangsa-agama lain! huh. mendidih aku bila dapat tahu. moga2 Allah bukakn pintu rezeki yg lain buat mu. ala, org ensem selalu menang last2 kan? ke nak turut serta dgn rancangan epal-niuzilen?

ALONG
masih laie tak diberi kesempatan berkongsi rasa. menjaga tepi kain? ya, kalau itu yg kau lihat dari pandangan nafsu cuma. aku yakin ianya demi kebaikan. sebagai tanggungjawab seorang adik. seorang muslim. berhadapan dgn seseorang yg lebih tua, lebih berpangkat mmg mencabar. hatinya perlu di jaga. ego nya jua. i'Allah dia dapat menerima. i'Allah...

AKU
tenang rasa bila berada di rumah. segala apa yg berlaku, aku ada di sini utk memberi input dan pandangan. mudah utk aku beribadat. kuliah2 agama hampir saban malam tersedia cukup menggembirakan aku. cuma aku kekurangan rakan-taulan di sini. teman berhuha (yg tak melampaui batas pastinya). takkan sama berhuha dgn famili. di luar sana, aku bagaikan org asing di bumi sendiri. aku tak rapat dgn anak2 jiran sebelah. malah ada muka2 jiran yg langsung aku tak kenal. cuma yg dapat ku lakukan adalah memenuhi undangan walimah serta kenduri-kendara, moga2 tak segan-silu senyum-sapa bertembung bahu kelak. moga2 tak bertumbuk hg-aku nanti. nak kerja apa ya? lawak rasanya melihat perjalanan hidup aku. perancangan aku tak selari dgn ketentuan Dia rupanya. ya, harapan, doa serta keyakinan pd ayatNya tak pernah putus (walaupun ku akui terkadang kendur). mmg agak sukar menjadi seorang yg 'indecisive'. sifat semulajadi peaceful-phlegmatic. kelemahan sebenarnya. namun yg lebih mencabar apabila diri tak punya cita2 dan matlamat yg jelas utk diburu. di atas hakikat itulah aku masih lagi mentertawakan diri sendiri. hahaha. pengharapan pada Allah hendaklah disertakan dgn usaha. itu pasangannya. hendak usaha ke mana aku? hohoho.

3 Comments:

  • At 1:35 PM, Anonymous Anonymous said…

    ambik STP
    Sijil Tunggu Pinangan
    hahaha

     
  • At 6:45 PM, Anonymous Anonymous said…

    hang ada matlamat. semua org islam ada matlamat sbnrnya. matlamat tu mmg dah jelas. cuma wasilah jer yg belum tentu.

    mungkin usaha masih tak cukup, terutamanya usaha untuk betul-betul mengubah diri sendiri. (nasihat utk diri sendiri jugak):)

    rezeki puak2 kita ni lambat la sikit kot. ada la tu hikmahnya.

    -salina-

     
  • At 2:20 AM, Blogger bean_beh said…

    ron97: cadangan menarik! biaq aku ja dok umah masak, basuh, jaga anak..err, kecuali beranak >:)hoho

    salina: :) yup, matlamat sbg seorang muslim mmg dah jelas. aku merujuk kepada cita2 mencari sumber rezeki aku..kyros kebab jom! ;p

     

Post a Comment

<< Home