Oit lu sana..wa sini, i mean..WASSINI

Monday, November 14, 2005

saya dan tu7uh

Dgn Nama Allah, Maha Agung, Maha Segalanya
Entri nih mengambil masa yg agak lama utk ditempek di sini (walhal semua entri aku pun begitu jua, ahaha). Kat opis baru ni aku xdak kemewahan internet, terpaksa curi2 menumpang kasih pada yg sudi (yg x sudi pon aku sudi2kan jugak). Dulu aku menumpang pada Nurul, tetapi semenjak dia dah pandai berYM (aku yg gatai gi ngajor), maka dah jarang dpt peluang bermanja2 ngan komputer dia. Ada peluang aku akan gi menempek kat PC Kak Liza atau K. Nah, tapi situ lembap ya amat..sabo je la aku. Aku rasa PC & internet paling laju adalah kt tpt Yadziz tu..tp sebab dia kt department lain & kalau dia xdak pon Salina & de geng akan menakluki PC dia. La ni aku guna PC Abg Wan..dia mai nanti aku terpaksa la cha-alip-but..hoho.
Nih, pasai menda2 tag-mentag nih...memula ro-wau-met aku di tag, aku dah pesan siap2 kt dia xyah la nk mentag aku, pasai memasing tau yg aku ni ontah bilo nak apdet pon xtau...tgk mood, tgk peluang & kesempatan yg ada. Sekali gi jenguk umah si Nur tu, ada pulak dia tagkan aku..erkk, pastu siap rasuah ngan puji-pujian-rayu laie..ahaha..terus lomah den ;p Setelah bebrapa ketika aku upload kan soalan2 yg perlu ku jawab ke dalam 'PDA' aku, supaya bila berkesempatan meng-apdet tidaklah mengambila masa yg begitu lama. Nak pikiaq sepasai, nak tulih lak sepasai :)
So here goes...me and the 7even thingy:
7 Things I Plan To Do Before I Die, insyaAllah...
  1. Confess all my wrongdoings & ask for forgiveness - lebih mudah nk mohon ampun & nyatakan segala kekesalan thadap kesalahan yg dilakukan pada Allah berbanding utk membuat perkara yg sama terhadap makhluknya...nk mengaku salah tu..adehhh, susah yg amat!
  2. Settle all the debts - hutang budi boleh dibalas ngan doa terhadap dia tp kalau hutang material? isk...byk laie hutang yg lom sempat aku selesaikan, yg aku pinjam, yg aku main pinjam je, yg secara x sengaja terpinjam.. :(
  3. Convert myself & family into Islam (again) - aku sedar, halatuju hidup aku & keluarga masih byk pincangnya, masih ada ruang yg perlu diperbaiki dlm merintis jalan mendapatkan keredhaan Allah..kami perlu menyelamatkan diri sebelum terlambat!
  4. Setup or join a company/association that'll promote Islam as the way of life - utk permulaan iAllah aku bercadang utk menjadi ahli JIM / ABIM & mengikut aktiviti2 yg dianjurkan..dan jika diizinkan aku nk menggerakkan satu pertubuhan yg akan menjaga kebajikan umat Islam - akan diceritakan kelak idea aku ini :)
  5. Become a da'i - aku ada bercita2 nk menjadi seorang pendakwah agama, mungkin di dalam bidang fiqh...tinggal keyakinan diri & semangat nk menempuh jalan tersebut masih rendah
  6. Travel around the world, see places - aku mmg minat tgk tpt org ni, budaya depa, teknologi depa, tgk keindahan alam kt sana...agar dapat aku syukuri nikmat & menggagumi kehebatan Dia
  7. Do all the crazy/extreme things - cthnya aku nk try skydiving! bungee jumping! white-water rafting! benda2 yg akan menaikkan paras adrenalin ku ke tahap paling maksimum! oh-yeah!!!

7 Things I Could Do

  1. TidoQ..zzzzZZ
  2. Membaca - now more towards brain-related & Islamic parenting
  3. Muhasabah diri - helps a lot to stay positive thinking
  4. Wat lawak 'kurang cerdik'..ngeh3
  5. Menyanyi lagu diselang-seli ngan zikir (?)
  6. Melayari Internet - mainly reading stuff on it
  7. Wat bodo ..hohoho

7 Things I Could Not Do

  1. err, jap.aku x sempat nk upload soklan ni lam PDA aku - nanti aku tulih ek

7 Celebrities Crush

  1. Jeon Ji-hyun - awek My Sassy Girl...jatuh chenta sama watak dia tu..resemble her so much!
  2. Zhao Wei - awek Shaolin Soccer..bermata bulat, senyum menawan
  3. Waheeda Wassini - best aa tgk senyum dia tu, cara bergaya & perangai 'sanguine' dia tu
  4. Julita Aisyah - err, leh kira celeb gak ke ni? blasah je la ek :) sebab-musabab aku sukakan dia ada di critakan sebelom ni
  5. Dian Sastro - gara2 pilem AADC la nih..oh Chinta
  6. Jojo Struys - awek Pillow Talk aka sepupu Luna...gugur iman beb, ahha
  7. Nursyuhada - awek syampu "Lama x nampak kt perpustakaan?"

7 Often Repeated Words

  1. Eheh
  2. Hohoho
  3. Ahaha
  4. Ngeh3
  5. Adehhh...
  6. Zikir2 mengikut hari
  7. Astaghfirullah-al-'azim

7 Things To Look For In Opposite Sex

  1. Erm, I've mentioned more than seven kan?

7 People This Tag Goes To

  1. Ramai yg dah di tag...isk, sapa yg tinggal utk aku tag eh?
  2. 'awak' (?)
  3. ikoko dah blom?
  4. farihah dah blom?
  5. berry_bear dah blom?
  6. ah-win dah blom?
  7. tuan zack dah blom?

Mm, guess that's about it. X sempat aa nk tulih pepanjang. Nanti2 aku edit & tambah laie apa2 yg patut. Ok ek Nur? Nway, sementara Syawal masih ada, aku jugak nk mintak maap bebanyak pada semua saudara seagamaku kalau2 ada yg terguris tercalar tercedera memana sebab aku. I'Allah aku akan perbaiki laie peribadi & tingkahlaku aku ni...dan tolong jgn berputus-asa atau segan2 nk tegur & doakan aku ek? Mim-mim-mim-mim-wau-alip-ha sama hangpa :o

Ma'assalamah...

Wassalam

-bing-

2 Comments:

  • At 6:40 PM, Blogger cik easy said…

    Bean..aku rasa antara GJ yang aku kenal..koooooooo lah yang paling lambatttttttt updateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ehehehheheheh

     
  • At 10:28 AM, Blogger bean_beh said…

    butterflyblu: aww..datss too badd..wat laie sekali la xleh? eheh

    cikeasy: ahaha...taww takpaa :D

     

Post a Comment

<< Home