Oit lu sana..wa sini, i mean..WASSINI

Wednesday, September 21, 2005

saya dan pengetuk

(Dgn nama Allah yg Maha Pemurah, yg Maha Mengasihani...)
Aku dah lama bercadang utk menyentuh berkenaan bab ni tp selalu ditangguhkan. Namun dek satu peristiwa yg berlaku dan atas cadangan ro-wau-met ku, aku muntahkan di ruang forum. Dan di sini menyusul jejak...
Setelah melalui beberapa peristiwa, dpt disimpulkan bhw antara ciri2 pengetuk yg menambat hati utk ditabalkan sbg ISTERI adalah:
  1. Bertudung (wajib): Sejuk pandangan mata aku tgk hawa yg bertudung labuh menutupi dada, x kisahla pakai jubah ke x. Seolah2 ianya satu perisai keimanan bagi depa. Bertudung biasa masih 'score'. Rambut yg merupakan mahkota dia tu hanya aku ja yg leh tgk...org lain xleh, eheh.
  2. Sama cita2: Ingin jadikan institusi perkahwinan sebagai pemangkin kpd turunnya hidayah & keredhaan Allah. Dgn adanya dia, aku akan jadi lebih tenang beribadat, lebih yakin nk memimpin merintis jalan agama tanpa mengabaikan keperluan dunia. Sesama leh dok bincang kt mana kurangnya kita, cemana nk improve. Solat jemaah sesama, tegur bila aku salah tajwid, bilamana aku alpa. Aku pernah baca, adalah lebih afdal wanita memilih seorang lelaki yg lebih kuat agama drpd dirinya. Dan aku tgh berusaha nk jadi lelaki tersebut. Aku nk kami bahagia sini & sana...
  3. Kelembutan: Bagi aku wanita ni Allah anugerahkan dgn lemah-lembut, sopan-santun & malu-alahnya, manakala lelaki sebaliknya, lebih kasar & x malu. Cara bercakap & perilaku seorang wanita tidak seharusnya sampai 'setanding' dgn lelaki. Bukan menidakkan hak wanita @ mengatakan wanita ni lemah ka apa ka. Cuma bila lunak suara dlm berbicara, lembut tingkah-laku & dilitupi perasaan malu yg bertempat, pehh..mmg bisa gugur iman gue ;p Aku suka tgk kelembutan Cik Puan Muda Julita Aishah tu.
  4. Tarikan fizikal: Mcm Dato' Dr Fadzilah Kamsah kata, lelaki secara semulajadinya mmg akan tertarik pd benda/perkara yg cantik/indah. Jd x hairanla kalau R. Azmi dlm lagunya berdendang "dari kerana mataa...yg m'punyai kuasaa..ohh, aku tergoda.." sebab dr mata turun ke hati. Dan x dinafikan aku seniri akan tertarik pd hawa yg Allah anugerahkan fizikal yg lawa/cun..especially yg berwajah keibuan. Chinese-look, senyum menawan, lesung pipit & pandai bergaya wud be a bonus. Namun at the end, iman & hatibudi jugak yg jadi kayu ukuran. X guna lawa tp perangai ...
  5. Peribadi: Aku harap Allah jodohkan aku dgn seorang yg sentiasa ada keinginan utk memperbaiki diri, keluarga & persekitarannya. Kalau kata x pandai masak, at least ada azam & usaha nk bagi pandai. Kalau kata diri xcukup alim/berilmu, p belajaq..don't use it as an excuse rasa rendah diri@x cukup baguih. HV A POSITIVE THINKING. Pada masa yg sama dia jugak boleh ditegur/sudi menegur, boleh ditunjuk ajar/sudi tunjuk-ajar & ada azam nk tgk org/benda di sekelilingnya jadi lebih baik. Sama2 tegur dgn berhikmah. Tunjuk ajar dgn kasih-syg. Berdoa x putus2 di samping sentiasa BERSANGKA BAIK. Jgn putus asa ye yang.. :)
  6. Suka masak, sebab aku suka makan. Aku makan x cerewet. Tp aku paling suka cekodok pisang & pulut degheyan
  7. Ada pendidikan. At least sampai diploma. Sebab xnak timbul jurang pemikiran nanti. Xpa kalau dia laie bijak dr aku, sampai PHD sekalipon. Asalkan jgn menunjuk2 & jatuhkan maruah aku. Laiepon anak2 akan lebih mewarisi gen2 kebijaksanaan ummi dia, not so much dr walid dia
  8. Kreatif. Umah sempit cemana pon dia leh 'luaskan' dgn sentuhan kreatifnya tu. Dia kemas umah sket punya cun dah pastu aku nyemak balik, ahaha.. >:p
  9. Manja & cemburu yg x ngengada. Ada sket sifat keanak-anakan. Leh dibawak bergurau & sudi gelakkan lawak kurang cerdik aku ni. Baru la ceria hidup. Senyum la selalu, sebab aku ni mudah dijangkiti virus senyum kembali..terasa aman jiwa pabila pulang ke umah disambut dgn senyuman walaupun fizikal keletihan
  10. Independent. Tp pd masa yg sama kalau aku offer nk tolong jgn la juai mahai lak. Tu tandanya aku sayang & amik berat, bukan bermaksud memperkecilkan.
  11. Jgn la senyap sgt, asik aku ja yg bukak crita, asik aku ja yg dok wat lawak spastik. Tp kalau yg xreti berenti bercakap pon lama2 penin jugak ;p Bila dia bercerita, aku dgq. Bila aku bercerita, dia pon dgq. Tau la hawa ni leh bercakap & mendengaq dgn serentak. Aku x terer camtu aa..eheh.
  12. Penyabaq & x terlalu mendesak...especially bila aku lambat wat keputusan. Juga pada ketika dia dpt 'cuti'. I'Allah aku pon penyabaq orangnya. Bukan nakkan respect yg menggunung-tinggi, cuma kena sedar turunnya redha Allah pada isteri apabila suami turut redha pd isterinya itu..
Dahla kot. Setakat ni tu ja yg Allah ilhamkan kt aku. Esok2 kalau Dia takdirkan ciri2 tu bertukaq ka apa ka..wallahua'lam. Mungkin ada yg anggap aku ni memilih sgt. Mmg aku akui i'm very choosy about this thing. Pasai keputusan utk memilih bakal isteri ni boleh jadi penyebab di syurga atau di neraka kah aku kelak. Aku sedaq, aku pon x sebaik mana, sebab tu aku dok pesan kt diri seniri, kena sentiasa perbaiki diri jadi insan yg lebih baik, supaya Allah akan takdirkan bertemu jodoh yg baik2 jugak.
Ya Allah ya rabbul 'alameen, tolonglah takdirkan aku dgn seorang wanita yg Engkau redhai & juga yg aku senangi. Kelak jadikanlah tautan hati kami ini pendorong utk lebih dekat padaMu...

8 Comments:

  • At 6:04 PM, Anonymous Anonymous said…

    This comment has been removed by a blog administrator.

     
  • At 5:32 PM, Anonymous Anonymous said…

    "Ya Allah ya rabbul 'alameen, tolonglah takdirkan aku dgn seorang wanita/lelaki yg Engkau redhai & juga yg aku senangi. Kelak jadikanlah tautan hati kami ini pendorong utk lebih dekat padaMu..."-best je doa ni..ameen for u..n for myself too..

     
  • At 1:50 PM, Anonymous Anonymous said…

    masihkah ada ruang untuk membuat hatimu senang?

     
  • At 11:05 AM, Blogger bean_beh said…

    ana: ameeennn...(sambil meraut wajah dan melurut keseluruhan badan)..makasey. err, ana mana nih ek?

    anonimes: selagi Allah izinkan, selagi itu segalanya mungkin :)

     
  • At 4:16 PM, Anonymous Anonymous said…

    Insya Allah...amin.

     
  • At 12:51 AM, Blogger Unknown said…

    This comment has been removed by a blog administrator.

     
  • At 12:53 AM, Blogger Unknown said…

    amin juga...

    jatuh cinta saya ngan entri nih hehe ;)

    ... esp the doa.... (amin utk diri sendiri gak hihi)

     
  • At 10:36 AM, Blogger bean_beh said…

    nur & na: syukran jazilan..ameenn utk semua :)

     

Post a Comment

<< Home